Saturday, 29 March 2014

My Abang's Wedding Day !

ok. nothing to say but feeling very grateful to see my one and only abang just got married yesterday ! Alhamdulillah . May your life always be blessed , abang and kak Ain . :)



the picture taken by my sister . :)

Mabruk , abang and kak ain ! 

Thursday, 27 March 2014

Ditinggalkan ??

ok. fiuuhh .. da sem 6 . tengah buat FYP lagi . ok . what is FYP stands for ?

FINAL YEAR PROJECT !!! 

ok. hold on dulu pasal final year project tu sebab proposal pun tak siap lagi . huuuu~

nak cerita , kene tinggal dengan keluarga yang pergi Terengganu untuk majlis nikah abang . huarrrrrgggghhh

:'(

ada 2 test : Advanced Soil Microbiology and Biological Control Of Pest

papepun, doakan semua yang pergi sana , dipermudahkan semua urusan , selamat pergi balik . I love you all!

ni ada sedikit puisi sengal untuk abang yang da nak nikah esok . kihkihkih

abang ..

usai sahaja lafaz sakinah terpatri,
usai sahaja menggenggam tangan kadi
tanggungjawabmu bukan seperti dulu lagi
kau kini punyai isteri
yang pastinya dia adalah idaman hati 
kerna sudah puas dipujuk oleh kami
agar Johor menjadi tempat dicari
tapi kau tetap kuatkan permintaan hati
betapa kukuhnya cinta sejati (ok nak muntah sikit . hehe)

abang ..

walau isterimu bertakhkta dihati
harus kau ingat disekelilingmu
penuh tanggunjawab yang menanti 
pada akak mu
pada adikmu
dan juga pada ayah umi

abang ..

masih ku ingat kata-katamu disatu hari
tapi kata-kata itu biarlah ku simpan dihati
kerna ku tahu ku hanya kecil berdiri
walhal kau punya ilmu tinggi
namun begitu ku mampu mengerti
dan ku berdoa agar kau juga mengerti
kata-kata itu tak seindahnya diungkapi

abang ..

walau apa jua yang kita hadapi
perjalanan ini masih berbaki 
andai esok lusa masih ada untuk ku lagi
peluang untuk melihat kebahagiaan ini
ku doakan dengan sepuluh jari
agar kau terus mendaki
mencapai cita-cita tertinggi
penghuni syurga hakiki
dengan menjadi seorang anak yang berbakti
seorang abang yang sentiasa di hati
dan seorang suami yang mithali

sekian, wabillahitaufiqwalhidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh ! heee