assalamualaikum diari hijau saya :)
alhamdulillah. Saya sudah berada di UPM kembali pada 28hb Dec untuk menyambung kembali perjuangan ilmu. Dan alhamdulillah juga, hati saya kembali tenang. Dengan segala apa yang berlaku, lambakan kerja dan pembentangan. Tak kurang juga laporan-laporan makmal yang perlu diselesaikan dan ujian 2 sebagai tambahan peratus wajib. Dan ditambah pula dengan kehilangan seorang kawan baik. al-fatihah buat arwah asyraf aminuddin. *al-fatihah*
Ya. Sejak arwah meninggalkan dunia ini, segala apa yang saya buat, sama ada saya berjalan, ketawa, berbual dengan rakan-rakan, pastinya saya akan teringat arwah.Bayang-bayang arwah bagai bermain-main di hujung mata saya. Lagikan pula kalau saya termenung. Jika berbual bersama dengan rakan-rakan dan tetiba cerita mengenai arwah dibangkitkan, saya berasa saya ok dan tenang dihadapan mereka. Mereka juga sering bertanya, ''aishah , ok tak ?'' dan saya hanya menjawab ok. air mata saya sukar untuk keluar apabila saya berada di depan mereka. Tetapi, apabila saya berseorangan, pasti air mata itu mengalir dengan mudahnya. Perkara ini berlanjutan selama dua minggu (iaitu pada minggu ke 13-minggu arwah pergi- dan 14 mengikut kalendar UPM). Sehinggalah tiba waktu study week, saya nekad, saya tidak boleh lama di UPM. Hati saya sesak sangat berada di sini. Saya nekad meninggalkan semua urusan di sini. Saya terpaksa. Saya balik ke rumah, saya luahkan semuanya pada ummi dan ayah saya. Semuanya. Tentang saya tidak boleh belajar dan juga perihal saya menangis pada malam hari. Saya tunjukkan gambar-gambar arwah kawan baik saya itu pada ummi dan ayah. Semuanya saya ceritakan agar segala yang terbuku di hati saya pergi bersama perkataan-perkataan yang keluar itu.
.... Dan alhamdulillah, selepas itu, saya mampu untuk menyebut mengenai arwah tanpa menangis pada malam harinya. Hati saya semakin tenang dan tabah. Saya tahu, saya hanyalah kawan arwah.
Rindu saya ini hanyalah rindu sebagai kawan. Sebagai sahabat seperjuangan. Sahabat berkongsi impian dan cita-cita kami untuk berbakti kepada ummat dengan bidang pengajian kami. Sahabat yang menyokong impian saya untuk mendirikan rumah di Kelantan. Sahabat yang melayan saya seperti kakaknya. Sahabat berkongsi permasalahan agama. Sahabat berkongsi angan dan impian arwah untuk mendirikan masjid bersama seorang insan yang disayanginya. Dan Sahabat yang berkongsi gurau dan senda sahaja. Rindu saya ini tidak boleh dibandingkan dengan rindunya ahli keluarga, ummi abah arwah padanya. Rindunya abang-abang dan adik arwah padanya. Dan rindunya kawan-kawan baik arwah yang lain padanya. Rindu saya hanyalah rindu yang membuatkan saya merasakan dekatnya kematian ini dengan saya.
.. Dan apa yang lebih membuatkan saya terkesan dengan pemergiannya ialah kerana arwah adalah satu-satunya sahabat lelaki saya di sini yang berani menegur saya dan mengusik saya. Saya jenis kurang berkomunikasi dengan sahabat lelaki yang lain di sini. Saya sempat mengenali arwah sepanjang 2 kali Ramadhan. Dan pada Ramadhan pertama perkenalan kami iaitu pada tahun 2011, saya mengingatkan arwah mengenai 10 malam terakhir. Dan Ramadhan tahun ini, arwah asyraf yang mengingatkan saya mengenai 10 malam terakhir itu sambil tersenyum seolah-olah mengimbas kembali Ramadhan pertama perkenalan kami iaitu sebulan sebelum kami masuk UPM. Dan ianya betul-betul Ramadhan yang terakhir untuknya juga. Ya Allah. Betapa saya amat mengingati saat-saat itu.
..Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas roh arwah sahabatku, Muhammad Asyraf Aminuddin..
Rindu? Ya. Saya rindu. Rindu saya yang hari ini mendekatkan saya pada Pencipta saya. Terima kasih, asyraf. Pemergian kau bukanlah kosong semata-mata. Pemergian kau menyentuh hati-hati sahabatmu. dan terima kasih, Ya Allah atas peringatan buat diriku ini.
..SAHABATKU.. | Muhammad Asyraf Aminuddin | Asyraf | Dean | 'Si Man' saya | kini dalam kenangan yang bermakna |
**ini adalah entry ke-3 saya mengenai arwah kawan baik saya. saya peduli apa. ini diari saya :)
Sunday, 30 December 2012
Friday, 21 December 2012
study week! :)
assalamualaikum, diari hijau saya :)
hari ni saya dihantar oleh kak athilia ke ktm Serdang. Alhamdulillah. syukur. tak perlulah saya naik turun bas lagi. alhamdulillah. segala task, assignments, presentation, semua da habes:) alhamdulillah..
dan sekarang......
hari ni saya dihantar oleh kak athilia ke ktm Serdang. Alhamdulillah. syukur. tak perlulah saya naik turun bas lagi. alhamdulillah. segala task, assignments, presentation, semua da habes:) alhamdulillah..
dan sekarang......
saya tengah tunggu bas untuk balik ke kampung..!
yeah!!!!!!!
tapi, tak tau kenapa hari ni saya rasa sayu je. macam tak sedap hati. saya rasa macam ada sesuatu tak kene. saya bangun pagi tadi pukul 5.10 am, saya terus bersihkan diri dan berwuduk dan terus buat solat dua rakaat. (dah lama da saya terlepas solat 2 rakaat selepas subuh). saya rasa pelik sangat pagi tadi. lepas selesai solat dua rakaat, saya terus berdoa nangis2 supaya Allah izinkan saya, sempatkan saya untuk jumpa ummi dengan ayah saya lepas sem 3 ni. sebab tu saya beriya sangat nak balik. saya tak tahu kenapa. mungkin juga sebab saya masih lagi dalam mood sedih selepas kehilangan seorang kawan baik yang pergi secara mengejut. Ye. Alfatihah buat sahabat ku, Muhammad Asyraf Aminuddin.
Selepas pemergian arwah, hal-hal berkaitan kematian sentiasa berlegar-legar di minda saya. Betapa saya selalu memikirkan, bagaimana kah keadaan arwah asyraf pada malam sebelum arwah mengalami kemalangan pada pagi tu? bagaimanakah keadaan arwah 1 jam sebelum tibanya masa untuk arwah dijemput pulang menghadap si Pencipta.......? saya menangis. Ye. saya menangis setiap kali hati saya sesak memikirkannya. Saya memikirkan bagaimanakah pula apabila tiba masanya untuk giliran saya menghadap Dia.. adakah pada masa itu saya berada dalam keadaan yang mulia atau tengah melakukan dosa dan perkara sia-sia? Ya Allah, kurniakanlah daku husnul khatimah, pengakhiran yang baik, Ya Allah. :'(
........Pemergian arwah memberikan kesan mendalam dalam jiwa saya sebagai seorang anak muda yang bercita-cita tinggi dan mempunyai impian untuk hidup dengan cita-cita dan keinginan selama 60-70 tahun lagi. ya. Bagaimana arwah selalu berkongsi cerita dengan saya untuk berjaya dan membahagiakan ummi, abah nya, begitu jualah impian saya sebagai seorang anak, ingin membahagiakan ummi ayah selagi hayat mereka ada. tetapi jarang kita terfikir, kita nak bahagiakan mereka selagi hayat kita ada?
kita boleh merancang, berimpian dan bermimpi seolah-olah kita akan hidup lama, tetapi ingatlah, ajal maut tidak mengira usia. Ya. Alhamdulillah. Pemergian arwah 100% menyedarkan saya bahawa masa saya dan kita semua juga tidak lama. Jadi, bersedialah. Hiduplah dengan persediaan untuk menghadapi kematian. Inshaallah. Hidup kita akan jadi lebih bermakna.
#saya cinta Pencipta dan Rasul saya#
# saya cinta ummi ayah saya #
# saya kasih saudara saya #
#saya rindu kawan baik saya.. Ya. Andalah. kawan baik saya.....#
Sunday, 16 December 2012
Kuatlah, wahai hati !
hari ni hampir seminggu arwah kawan baik saya meninggal dunia. al fatihah, buat arwah asyraf.
di kala assignment yang banyak ni, hati saya tak menentu.
dengan mood sedih saya yang tak hilang-hilang lagi.
saya sedih.
ya.
saya sedih sangat.
hinggalah satu hari, ummi saya cakap kat saya,
"Esah kuat. Esah mesti boleh buat punya!"
alhamdullillah. terngiang-ngiang kata-kata ummi tu bila saya rasa saya tertekan sangat-sangat.
esah kuat! mesti boleh punya! tinggal sikit je lagi nii!
Ya, tinggal seminggu je lagi sebelum study week.
banyak sangat yang perlu saya selesaikan.
Ya Allah, permudahkanlah urusanku.
tenangkan lah hatiku
***ok. sambung buat assignment Patologi tumbuhan : Cadang-cadang disease :)
Wednesday, 12 December 2012
270292-101212 : Al-fatihah buat sahabatku...
bismillahirrahmanirrahim....
assalamualaikum, korang. seperti biasa. saya nak bercerita dan meluahkan perasaan saya.
Pada hari isnin tu, saya bangun lambat. dalam pukul 6.30 am. Saya tak tahu kenapa. Perut saya rasa senak sangat. Jadi selepas solat subuh, saya tidur semula dengan harapan perut saya akan ok dan saya boleh pergi ke kuliah Pertanian Lestari pada pukul 8 am. Malangnya,saya set jam pukul 7.06am, dan saya bangun pada waktu tersebut untuk bersiap, tetapi perut saya masih sakit. Jadi saya ambil keputusan untuk tak pergi kuliah pagi tu. Tiba-tiba pada pukul 8.30, saya dapat mesej daripada kawan saya (dia pergi kuliah pagi tu).......
dia : Aishah, acap klate meninggal dunia dekat lebuh silikon upm tadi.
saya : asyraf acap ke? (batch kitorg banyak acap. yang bezanya nama ayah dan nama fb dorang)
dia : ha'ah. acap yang orang kenen2kan dengan aishah tu (ok fine, kali ni memang tak kelakar perkataan kenen2 tu )
(maknanya macam padan-padankan...)
saya : apa ni?? korang kat kuliah buat apa? macmne tau.....
.......................................................................................................
rupa-rupanya, rakan-rakan saya yang pergi kuliah pagi tu naik bas dan motor terserempak dengan mangsa kemalangan, tapi dorang tak berhenti sebab yelah, sapa sangka itu adalah kawan kita. lagi2 arwah masa tu berada dalam keadaan tertiarap.
terus saya dan seorang kawan bergegas mandi dan nak pergi sana tgok keadaan. masa tu saya percaya apa yang kawan saya cakap. tapi saya tak rasa apa2. saya tak menangis. saya pon pelik. tapi masa saya iron baju, saya marah2 dia. saya marah dia sebab lalu situ. saya ckap sorg2, kenapa lalu situ, asyraf. kenapa lalu situ.. kan da~~~~ teruknya saya pada masa tu.
Pukul 10, arwah ada di tempat kejadian lagi. Abang arwah pun da sampai dari Kajang. Polis pun ada. Kawan- kawan lelaki arwah ramai menanti di situ. Masih menunggu ambulans dan unit Forensik. Sungguh tak patut. Sangat lambat. Saya tak boleh menunggu. Saya ada kelas kul 10. Saya paksa diri saya pergi kelas. Dalam kelas, saya paksa diri saya untuk fokus. Setiap sangat saya rasa sakit. Sakitnya nak fokus. Hati saya bukan kat situ.
Habes kelas pukul 12, saya terus kol sorang kawan lelaki arwah yang tak masuk kuliah dan ikut pergi Hospital Serdang. Saya nekad. Saya nak tengok arwah. Saya minta kawan yang dekat wad post-mortem tu update dekat saya apa-apa pasal arwah. Alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Arwah akan dimandikan dan di sembahyangkan di Masjid UPM pukul 2 nnti lepas post-mortem sebelum jenazah dibawa pulang ke Kelantan.
(kenapa saya beriya sangat nak jumpa arwah buat kali yang terakhir? nanti saya cerita...)
masa tu, ada kawan yang berat nak pergi sebab kami ada kuliah biokimia pukul 2. Tapi saya da nekad da, walaupun saya kene pergi sorang. Saya tetap nak pergi. (kenapa? nanti saya citer)
Alhamdulillah, jenazah sampai di Masjid UPM dalam pukul 2 kalau tak silap. Dimandikan. Dan pada hari tu, pertama kali dalam hidup saya melakukan solat jenazah. (Sepanjang tunggu jenazah sampai, saya dan beberapa kawan bertutorial solat jenazah dengan suara akak saya yang dirakam :) )
Habis sahaja solat jenazah, jenazah di bawa pulang ke Kelantan. Masa tu da pukul 4 da. Endingnya, kebumi pukul 1 pagi kalau tak silap.
ok. kenapa saya beriya sangat nak jumpa arwah buat kali terakhir. Saya nak tengok wajah dia buat kali terakhir. (Masa arwah masih terbaring, mayat telah ditutup dengan plastik hitam, jadi tak dapat tengok. ). Selain daripada arwah ialah seorang yang sangat baik dan peramah dengan semua orang, arwah juga ialah seorang yang saya kenal sebelum masuk UPM lagi.
................. Dan yang paling buat saya terkilan ialah, korang ingat tak dulu masa saya citer saya eksiden dekat sini? Ya. Dan arwah juga eksiden di kawasan berhampiran saya eksiden. Korang tau tak, masa tu saya sedih sangat-sangat. Dialah yang tolong saya, datang ke klinik UPM untuk ambik kunci motor , patah balik ke kawasan kejadian dan uruskan motor yang saya tinggalkan kat tempat kejadian sebab ada staf antar kitorang pakai kereta. Dia tolong saya tanpa merungut walaupun waktu tu pukul 1.30 waktu dia berehat dan solat sebab ada kuliah pukul 2.
Lepas peristiwa saya eksiden tu, saya niat nak belanja arwah something sebagai tanda terima kasih. tapi selalu je tertangguh, selalu je tak ingat. Sampailah tiba hari arwah di panggil Ilahi. Masa tu saya doa, Ya Allah, Tolonglah beri saya peluang untuk membuat ehsan yang terakhir untuk sahabat saya. Saya nervous betul waktu tunggu jenazah. Saya takut saya kat tempat lain waktu jenazah sampai. Yelah, waktu saya eksiden, dia tolong bantu mudahkan urusan saya. tapi waktu dia eksiden, takkan saya nak berpeluk tubuh dan menangis je. saya kene buat sesuatu. dan alhamdulillah. apa yang mampu, solat jenazah untuk arwah. Ye. tu je yang memapu. tak sama dengan bantuan yang arwah pernah bagi kat saya.. :(
.... yang buat saya syahdu, status terakhir arwah dekat fb... masa mula2 arwah post, yang like cuma saya, arwah dan sorang kawan arwah... tapi, beberapa jam lepas arwah meninggal. ramai yang perasan akan post ni. 200++ likes. ni status last dia, sehari sebelum arwah meninggal.. (klik untuk saiz besar)
sorry tak crop print-screen ni.. uhuhu |
status last dia sebenarnya biasa je. sebab dia selalu post pasal ummi dan abah dia. tapi, rupa-rupanya dia betul-betul rindu nak jumpa ummi dan abah dia dekat kelantan tu...
.... saya da hilang kawan untuk lawan pointer. Ya, sem satu saya kalahkan dia, sem dua, dia tinggi 0.005 daripada saya. Dia mengeluh. Katanya, CGPA (tambah keseluruhan) tetap tak boleh lawan saya. Saya sedapkan hati dia, saya cakap, xpelah, asyraf. kita ada 6 sem lagi untuk naikkan pointer kita.. tapi sekarang.. :(
.... kami pernah berbincang ramai2 nak pakat buat master sama2 dekat sini. tapi arwah mencelah. katanya, dia da penat kejar gred. da penat belajar ilmu akademik. cukuplah umur yang dia da habeskan untuk akademik. dia nak keje dan belajar ilmu agama... Ya Allah, tengoklah niat murni dia tu..
... arwah adalah seorang yang sangat bangga dengan tanah kelahirannya. Negeri Kelantan. Kalau ada saya atau kawan-kawan yang lain yang post pasal kelantan atau tuan guru Nik Aziz, dialah orang pertama yang akan komen dan sokong... tgoklah. dia penyokong kuat saya bila saya post pasal cita-cita saya nak buat rumah dekat Kelantan... (klik untuk saiz besar)
0k. dia lambat 2minit daripada nik :') |
.. Ya Allah.. banyak sangat kenangan...
******Semoga Allah tempatkan allahyarham Muhammad Asyraf bin Aminuddin bersama para syuhada' dan solihin...****
asyraf, aku doakan kau aman di sana. allah sayangkan kau. (sumber: fb arwah.arwah asyraf belah kanan sekali. yang muka tak bercat tu. kesemuanya adik-beradik arwah) |
al-fatihah..........................
*** Ya Allah, kurniakanlah juga kepada kami husnul khatimah, Ya Allah........
Subscribe to:
Posts (Atom)