Sunday, 30 December 2012

end of study week!

assalamualaikum diari hijau saya :)

alhamdulillah. Saya sudah berada di UPM kembali pada 28hb Dec untuk menyambung kembali perjuangan ilmu. Dan alhamdulillah juga, hati saya kembali tenang. Dengan segala apa yang berlaku, lambakan kerja dan pembentangan. Tak kurang juga laporan-laporan makmal yang perlu diselesaikan dan ujian 2 sebagai tambahan peratus wajib. Dan ditambah pula dengan kehilangan seorang kawan baik. al-fatihah buat arwah asyraf aminuddin. *al-fatihah*

Ya. Sejak arwah meninggalkan dunia ini, segala apa yang saya buat, sama ada saya berjalan, ketawa, berbual dengan rakan-rakan, pastinya saya akan teringat arwah.Bayang-bayang arwah bagai bermain-main di hujung mata saya. Lagikan pula kalau saya termenung. Jika berbual bersama dengan rakan-rakan dan tetiba cerita mengenai arwah dibangkitkan, saya berasa saya ok dan tenang dihadapan mereka. Mereka juga sering bertanya, ''aishah , ok tak ?'' dan saya hanya menjawab ok. air mata saya sukar untuk keluar apabila saya berada di depan mereka. Tetapi, apabila saya berseorangan, pasti air mata itu mengalir dengan mudahnya. Perkara ini berlanjutan selama dua minggu (iaitu pada minggu ke 13-minggu arwah pergi- dan 14 mengikut kalendar UPM). Sehinggalah tiba waktu study week, saya nekad, saya tidak boleh lama di UPM. Hati saya sesak sangat berada di sini. Saya nekad meninggalkan semua urusan di sini. Saya terpaksa. Saya balik ke rumah, saya luahkan semuanya pada ummi dan ayah saya. Semuanya. Tentang saya tidak boleh belajar dan juga perihal saya menangis pada malam hari. Saya tunjukkan gambar-gambar arwah kawan baik saya itu pada ummi dan ayah. Semuanya saya ceritakan  agar segala yang terbuku di hati saya pergi bersama perkataan-perkataan yang keluar itu.

.... Dan alhamdulillah, selepas itu, saya mampu untuk menyebut mengenai arwah tanpa menangis pada malam harinya. Hati saya semakin tenang dan tabah. Saya tahu, saya hanyalah kawan arwah.

Rindu saya ini hanyalah rindu sebagai kawan. Sebagai sahabat seperjuangan. Sahabat berkongsi impian dan cita-cita kami untuk berbakti kepada ummat dengan bidang pengajian kami. Sahabat yang menyokong impian saya untuk mendirikan rumah di Kelantan. Sahabat yang melayan saya seperti kakaknya.  Sahabat  berkongsi permasalahan agama. Sahabat berkongsi angan dan impian arwah untuk mendirikan masjid bersama seorang insan yang disayanginya. Dan Sahabat yang berkongsi gurau dan senda sahaja. Rindu saya ini tidak boleh dibandingkan dengan rindunya ahli keluarga, ummi abah arwah padanya. Rindunya abang-abang dan adik arwah padanya. Dan rindunya kawan-kawan baik arwah yang lain padanya. Rindu saya hanyalah rindu yang membuatkan saya merasakan dekatnya kematian ini dengan saya.

.. Dan apa yang lebih membuatkan saya terkesan dengan pemergiannya ialah kerana arwah adalah satu-satunya sahabat lelaki saya di sini yang berani menegur saya dan mengusik saya. Saya jenis kurang berkomunikasi dengan sahabat lelaki yang lain di sini. Saya sempat mengenali arwah sepanjang 2 kali Ramadhan. Dan pada Ramadhan pertama perkenalan kami iaitu pada tahun 2011, saya mengingatkan arwah mengenai 10 malam terakhir. Dan Ramadhan tahun ini, arwah asyraf yang mengingatkan saya mengenai 10 malam terakhir itu sambil tersenyum seolah-olah mengimbas kembali Ramadhan pertama perkenalan kami iaitu sebulan sebelum kami masuk UPM. Dan ianya betul-betul Ramadhan yang terakhir untuknya juga. Ya Allah. Betapa saya amat mengingati saat-saat itu.

..Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas roh arwah sahabatku, Muhammad Asyraf Aminuddin..

Rindu? Ya. Saya rindu. Rindu saya yang hari ini mendekatkan saya pada Pencipta saya. Terima kasih, asyraf. Pemergian kau bukanlah kosong semata-mata. Pemergian kau menyentuh hati-hati sahabatmu. dan terima kasih, Ya Allah atas peringatan buat diriku ini.

..SAHABATKU.. | Muhammad Asyraf Aminuddin | Asyraf | Dean | 'Si Man' saya | kini dalam kenangan yang bermakna |

**ini adalah entry ke-3 saya mengenai arwah kawan baik saya. saya peduli apa. ini diari saya :)


No comments:

Post a Comment