Wednesday, 12 December 2012

270292-101212 : Al-fatihah buat sahabatku...

bismillahirrahmanirrahim....

assalamualaikum, korang. seperti biasa. saya nak bercerita dan meluahkan perasaan saya.

        Pada hari isnin tu, saya bangun lambat. dalam pukul 6.30 am. Saya tak tahu kenapa. Perut saya rasa senak sangat. Jadi selepas solat subuh, saya tidur semula dengan harapan perut saya akan ok dan saya boleh pergi ke kuliah Pertanian Lestari pada pukul 8 am. Malangnya,saya set jam pukul 7.06am, dan saya bangun pada waktu tersebut untuk bersiap, tetapi perut saya masih sakit. Jadi saya ambil keputusan untuk tak pergi kuliah pagi tu. Tiba-tiba pada pukul 8.30, saya dapat mesej daripada kawan saya (dia pergi kuliah pagi tu).......

dia    : Aishah, acap klate meninggal dunia dekat lebuh silikon upm tadi.
saya : asyraf acap ke? (batch kitorg banyak acap. yang bezanya nama ayah dan nama fb dorang)
dia  : ha'ah. acap yang orang kenen2kan dengan aishah tu (ok fine, kali ni memang tak kelakar perkataan kenen2 tu )
(maknanya macam padan-padankan...)
saya  : apa ni?? korang kat kuliah buat apa? macmne tau.....
.......................................................................................................

rupa-rupanya, rakan-rakan saya yang pergi kuliah pagi tu naik bas dan motor terserempak dengan mangsa kemalangan, tapi dorang tak berhenti sebab yelah, sapa sangka itu adalah kawan kita. lagi2 arwah masa tu berada dalam keadaan tertiarap.

terus saya dan seorang kawan bergegas mandi dan nak pergi sana tgok keadaan. masa tu saya percaya apa yang kawan saya cakap. tapi saya tak rasa apa2. saya tak menangis. saya pon pelik. tapi masa saya iron baju, saya marah2 dia. saya marah dia sebab lalu situ. saya ckap sorg2, kenapa lalu situ, asyraf. kenapa lalu situ.. kan da~~~~  teruknya saya pada masa tu.

Pukul 10, arwah ada di tempat kejadian lagi. Abang arwah pun da sampai dari Kajang. Polis pun ada. Kawan- kawan lelaki arwah ramai menanti di situ. Masih menunggu ambulans dan unit Forensik. Sungguh tak patut. Sangat lambat. Saya tak boleh menunggu. Saya ada kelas kul 10. Saya paksa diri saya pergi kelas. Dalam kelas, saya paksa diri saya untuk fokus. Setiap sangat saya rasa sakit. Sakitnya nak fokus. Hati saya bukan kat situ.

Habes kelas pukul 12, saya terus kol sorang kawan lelaki arwah yang tak masuk kuliah dan ikut pergi Hospital Serdang. Saya nekad. Saya nak tengok arwah. Saya minta kawan yang dekat wad post-mortem tu update dekat saya apa-apa pasal arwah. Alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Arwah akan dimandikan dan di sembahyangkan di Masjid UPM pukul 2 nnti lepas post-mortem sebelum jenazah dibawa pulang ke Kelantan.

(kenapa saya beriya sangat nak jumpa arwah buat kali yang terakhir? nanti saya cerita...)

masa tu, ada kawan yang berat nak pergi sebab kami ada kuliah biokimia pukul 2. Tapi saya da nekad da, walaupun saya kene pergi sorang. Saya tetap nak pergi. (kenapa? nanti saya citer)

Alhamdulillah, jenazah sampai di Masjid UPM dalam pukul 2 kalau tak silap. Dimandikan. Dan pada hari tu, pertama kali dalam hidup saya melakukan solat jenazah. (Sepanjang tunggu jenazah sampai, saya dan beberapa kawan bertutorial solat jenazah dengan suara akak saya yang dirakam :) )

Habis sahaja solat jenazah, jenazah di bawa pulang ke Kelantan. Masa tu da pukul 4 da. Endingnya, kebumi pukul 1 pagi kalau tak silap.

ok. kenapa saya beriya sangat nak jumpa arwah buat kali terakhir. Saya nak tengok wajah dia buat kali terakhir. (Masa arwah masih terbaring, mayat telah ditutup dengan plastik hitam, jadi tak dapat tengok. ). Selain daripada arwah ialah seorang yang sangat baik dan peramah dengan semua orang, arwah juga ialah seorang yang saya kenal sebelum masuk UPM lagi.

................. Dan yang paling buat saya terkilan ialah, korang ingat tak dulu masa saya citer saya  eksiden dekat sini? Ya. Dan arwah juga eksiden di kawasan berhampiran saya eksiden. Korang tau tak, masa tu saya sedih sangat-sangat. Dialah yang tolong saya, datang ke klinik UPM untuk ambik kunci motor , patah balik ke kawasan kejadian dan uruskan motor yang saya tinggalkan kat tempat kejadian sebab ada staf antar kitorang pakai kereta. Dia tolong saya tanpa merungut walaupun waktu tu pukul 1.30 waktu dia berehat dan solat sebab ada kuliah pukul 2.

Lepas peristiwa saya eksiden tu, saya niat nak belanja arwah something sebagai tanda terima kasih. tapi selalu je tertangguh, selalu je tak ingat. Sampailah tiba hari arwah di panggil Ilahi. Masa tu saya doa, Ya Allah, Tolonglah beri saya peluang untuk membuat ehsan yang terakhir untuk sahabat saya. Saya nervous betul waktu tunggu jenazah. Saya takut saya kat tempat lain waktu jenazah sampai. Yelah, waktu saya eksiden, dia tolong bantu mudahkan urusan saya. tapi waktu dia eksiden, takkan saya nak berpeluk tubuh dan menangis je. saya kene buat sesuatu. dan alhamdulillah. apa yang mampu, solat jenazah untuk arwah. Ye. tu je yang memapu. tak sama dengan bantuan yang arwah pernah bagi kat saya..  :(

.... yang buat saya syahdu, status terakhir arwah dekat fb... masa mula2 arwah post, yang like cuma saya, arwah dan sorang kawan arwah... tapi, beberapa jam lepas arwah meninggal. ramai yang perasan akan post ni. 200++ likes. ni status last dia, sehari sebelum arwah meninggal.. (klik untuk saiz besar)

sorry tak crop print-screen ni.. uhuhu

status last dia sebenarnya biasa je. sebab dia selalu post pasal ummi dan abah dia. tapi, rupa-rupanya dia betul-betul rindu nak jumpa ummi dan abah dia dekat kelantan tu...

.... saya da hilang kawan untuk lawan pointer. Ya, sem satu saya kalahkan dia, sem dua, dia tinggi 0.005 daripada saya. Dia mengeluh. Katanya, CGPA (tambah keseluruhan) tetap tak boleh lawan saya. Saya sedapkan hati dia, saya cakap, xpelah, asyraf. kita ada 6 sem lagi untuk naikkan pointer kita.. tapi sekarang.. :(

.... kami pernah berbincang ramai2 nak pakat buat master sama2 dekat sini. tapi arwah mencelah. katanya, dia da penat kejar gred. da penat belajar ilmu akademik. cukuplah umur yang dia da habeskan untuk akademik. dia nak keje dan belajar ilmu agama... Ya Allah, tengoklah niat murni dia tu..

... arwah adalah seorang yang sangat bangga dengan tanah kelahirannya. Negeri Kelantan. Kalau ada saya atau kawan-kawan yang lain yang post pasal kelantan atau tuan guru Nik Aziz, dialah orang pertama yang akan komen dan sokong... tgoklah. dia penyokong kuat saya bila saya post pasal cita-cita saya nak buat rumah dekat Kelantan...  (klik untuk saiz besar)

0k. dia lambat 2minit daripada nik :')
.... dia sayangkan kelantan. saya tahu. dia selalu cerita. even masa dia meninggal, saya berdoa supaya di kebumikan di Kajang sbb saya rasa lagi dekat dan senang nak uruskan dan saya pun boleh ziarah, tak payah hantar jauh2. tapi Allah mudahkan urusan dia balik Kelantan. Tanah kelahiran yang dia sayang. Bersemadi di sana juga...

 .. Ya Allah.. banyak sangat kenangan...

******Semoga Allah tempatkan allahyarham Muhammad Asyraf bin Aminuddin bersama para syuhada' dan solihin...****

asyraf, aku doakan kau aman di sana. allah sayangkan kau. (sumber: fb arwah.arwah asyraf belah kanan sekali. yang muka tak bercat tu. kesemuanya adik-beradik arwah)


 al-fatihah..........................

*** Ya Allah, kurniakanlah juga kepada kami husnul khatimah, Ya Allah........

6 comments:

  1. sha . aku da baca . da tepati janji kann . ya Allah sha . sedih rasa . tp ttp xsure mana kau knl dia . satu sekola ke ? sha . baiknnya arwah . tabahkan hati ye sha . lau leh pertikai , aku nak je tnye nape leh eksiden ? siapa salah sbnanye ?nape dia baik ngn kau sha ? kenpa la dia bole tolong kau masa tu ? baiknya dia . kalau aku pon lom tentu leh tlong . banyakkan saba . al fatihah .

    ReplyDelete
  2. aku ada sorang kawan matrik budak kelantan,nama dia suhaila. ingat tak kau yang cek kan aku dapat u mana, kan? :') actually lepas tu, aku try contact kawan2 aku, sorang pon xde yang dapat satu kos ngan aku. tetiba masa aku borak2 ngan suhaila ni, arwah asyraf ada join sekali, dia ckap ngan suhaila, dia dapat upm jugak dan kos sains pertanian. yes. masa tu aku da ada kawan. borak punya borak, kitorang satu kolej kediaman rupanya.. kelakar sangat nik. dia sangat risau dia xde kawan lelaki kat u nanti sampai da ckap awal2 nak study ngan aku. masa orientasi, aku xdapat cam dia yang mana.aku mcm kenal, tapi xconfirm betul ke dia. aku mcm tgok sekali imbas je. pastu, ada sekali tu, masa makmal botani, kita kene lukis satu pokok ni, kemudian, pembantu makmal meronda meja ke meja. pembantu makmal tu ronda kat meja depan (masa tu aku rasa dia duk kat meje tu. kemudian pmbntu tu ke meja aku dan puji lukisan aku cntik. malam tu kitorg berborak dlam fon pasal hal library, masa tu kitorg belom bertegur lagi kalau jumpa. aku gurau2 ngan dia, aku ckap, lukisan aku kena puji. pastu dia ckap. mula2 pembantu makmal tu puji dia, lepas pembantu makmal tu pergi meja belakang sekali (meja aku), pembantu tu pergi balik dekat meja dia,ckap : lukisan awak cantik, tapi dekat belakang sana kawan perempuan awak lukis lagi cantik. pastu esoknya turun bas dia tegur aku.
    uyhuhuhuhu.. banyaknya aku citer

    ReplyDelete
  3. otw nak g kuliah, ada simpang 4. jalan lurus adalah jalan dari kolej kediaman. sampai dekat simpang 4, arwah tegak jelah sebab memang jalan dia xkan dia nak berhenti plak. tapi kereta yang datang dari luar upm x berhenti walaupon dia kene bhnti. jadi, arwah terlanggar bahagian tepi kereta. sedih, nik....
    (masa aku eksiden,sem 2. aku xkenal ramai kawan lelaki. kalau kenal pon, gitu2 je. aku bukan jenis yang huha. kau kenal aku, kan? tapi arwah dengan aku, dia layan aku mcm akak. kalau jumpa, ada je yang dia nak sakat. masa eksiden tu, aku xtau nak mintak tlong sapa. arwah je yang muncul dalam kepala aku. kawan aku yang tgah dirawat da pesan suh aku janji jgan btau kawan2 perempuan. tu yang aku terpaksa kol arwah. dia datang klinik tanpa merungut. amek kunci motor kat aku. uruskan motor yang jatuh tepi jalan tu... uhuhuhu)

    ReplyDelete
  4. aishah,saya dh baca,saya jauh sgt,tak kenal pun dia,sekadar membaca pun,tak tahu kenapa dada ni sakit rasa,al fatihah untuk arwah,percayalah,Allah sygkan dia sbb hati dia,moga dia ditempatkan di kalangan org2 yg saleh...amin ya Rabb...

    ReplyDelete
  5. setuju2 . setuju ape tiqa kan ni ckp . aamiin shah .

    ReplyDelete
  6. da heart of mine ni atiqah ke...? aww.. touching :')

    ReplyDelete